Dengan setiap pembelian Ubat Gigi Mu’min diseluruh negara, sebahagian daripada hasil keuntungan akan disalurkan ke dalam Tabung Mu’min yang dikendalikan oleh PPIM.

OBJEKTIF
Menyediakan dana untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan untuk menjalani perubatan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

Memberi penganugerahan kepada anggota masyarakat yang telah berkhidmat dengan cemerlang dengan tahap kesetiaan dan keberanian yang tertinggi demi Agama, Bangsa & Negara.

Dengan wujudnya Tabung Mu'min Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), ia diharap dapat meringankan beban kewangan golongan yang begitu memerlukan bantuan. Selain daripada itu, Tabung ini dijadikan platform untuk golongan masyarakat meningkatkan kerjaya mereka melalui latihan yang disediakan oleh Yayasan Kerjaya dan Yayasan Muamalat Belia.