Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Selamat datang ke laman web rasmi Al-Meswak Mu'min Sdn. Bhd.(ALMM)
ALMM adalah pemilik kepada jenama Ubat Gigi Mu'min, ianya ditubuhkan pada tahun 2001, pada tahun 2006 ALMM dimiliki sepenuhnya oleh 100% Bumiputera Islam.
Visi kami amat jelas iaitu untuk menjadi peneraju utama industri produk halal khususnya produk penjagaan diri bukan sahaja di Malaysia malah diserata dunia. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, kami sentiasa meletakkan komitmen yang tinggi dalam memberikan produk halal yang berkualiti tinggi kepada para pengguna.
Kami percaya Malaysia adalah sumber serta landasan yang kukuh untuk menjadi industri halal global yang gemilang.
Kami juga amat yakin kejayaan adalah melalui hasil kerjasama erat dan bukannya persaingan yang tidak sihat.