Language: Malay | English
Utama - Mengenai Kami - Produk Kami - Definasi Halal - Tabung Mu'min - Arkib Hubungi Kami  FAQ
DEFINISI HALAL
Kepentingan Halal

Perkara berhubung Halal dan Haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam Al-Quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian dan sebagainya, wajib Halal. Dalam Islam tidak ada istilah ‘Separa Halal’, ‘Separuh Halal’ atau ‘Gred Halal dengan 3 Bintang’ atau sebagainya. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% Halal dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status Halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang Haram akan menjadi darah daging kita dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti seseorang.

Dalam kita membincangkan konsep Haram, ia bukan sahaja meliputi makanan yang kita makan tidak mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi seperti sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi.


Ubat Gigi Halal

Ubat gigi yang Halal ialah ubat gigi yang menggunakan ramuan semulajadi, tidak berasaskan binatang (yang dikhuatiri status sumbernya) dan menggunakan bahan-bahan yang tidak berbahaya dan mendatangkan mudarat kepada kesihatan. Selain daripada itu, status Halal mengambil kira setiap perincian proses yang terlibat seperti dalam proses formulasi, pemprosesan, pembungkusan, mesin dan alatan yang digunakan.

Ubat Gigi Mu’min telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dipantau proses halalnya oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Pengiktirafan sedemikian amatlah penting bagi kami kerana ia menunjukkan bahawa kami prihatin, peka dan sensitif akan kepentingan para pengguna Islam. Kami ingin memastikan para pengguna Ubat Gigi Mu’min menaruh kepercayaan yang sepenuhnya kepada produk kami kerana ia akan melibatkan pembentukan personaliti, akhlak dan kualiti hidup umat Islam.

Terdapat mitos yang mengatakan bahawa “ubat gigi yang kita gunakan tidak perlu Halal kerana ia tidak ditelan atau memasuki tubuh badan kita”; ternyata ianya adalah TIDAK BENAR kerana bahan-bahan kimia atau haram dapat meresap masuk kedalam tubuh badan kita melalui urat-urat dibawah lidah manusia. Tambahan pula, bukan makanan sahaja perlu Halal, semua bahan keperluan seperti ubat gigi, pencuci muka, losyen badan dan sebagainya perlulah tidak mengandungi unsur Haram.


Produk Utama


Untitled Document

© copyright 2008 Al-Meswak Mu'min Sdn Bhd
Lot 4, Gate C, Jalan Teknologi 3/6, Seksyen 3, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No Telefon : +603 6140 1180/ 4347 , No Fax : +603 6140 1182